![Image from: “Tak Sia-sia Berbuih Mulut Cikgu Ajar” – Orang Ramai Beratur Panjang Sebelum Naik Bas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/FI-split-2-line-putih-59-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memang sejak kecil lagi, rakyat Malaysia diajar tentang budi pekerti serta tatasusila. Tak kisah berada di mana-mana, adab mesti menjadi keutamaan. Begitu juga menghormati satu sama lain semasa berada di tempat awam.
Tidak mengecewakan, ramai pengguna bas sebelum ini menunjukkan contoh dan teladan yang baik semasa menggunakan pengangkutan awam.
Baca Artikel Berkaitan: “Tingginya Adab” – Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan Raih Pujian [Video]
Orang Ramai Beratur Sebelum Naik Bas
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads yang dikongsikan oleh kartunis politik terkenal, Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar menunjukkan orang ramai dipercayai sekitar stesen LRT (Transit Aliran Ringan) Universiti sedang beratur panjang untuk menaiki bas Rapid KL.
Meskipun barisan tersebut panjang, namun pengguna kenderaan berat itu dilihat bersabar menunggu giliran. Mereka semua dilihat sibuk dengan peranti telefon pintar masing-masing dan tiada yang menimbulkan kekecohan.
Kata kartunis itu lagi, sikap rakyat Malaysia yang bertolak ansur dan berdisiplin ini sememangnya patut diberikan pujian.
“Budaya berbaris menunggu bas di kalangan sebahagian rakyat Malaysia harus dipuji,” kata Zunar.
View on Threads
Mungkin ada segelintir akan berkata, “mereka beratur je”. Tetapi kalau anda nak tahu, bukan semua individu boleh melakukan itu.
Sebagai contoh sebelum ini, tular kes beberapa pelancong China memotong barisan untuk memasuki kedai Pop Mart di sebuah pusat membeli-belah di Malaysia. Perkara itu membuatkan pengunjung lain berasa berang sehinggakan pelancong ini dihalau pulang ke tanah air mereka semula.
Jadi daripada kisah ini, kita harus bersyukur bahawa budaya beratur masih hidup dan dikekalkan di Malaysia.
Pavilion pop mart incident
byu/sebitian inmalaysia
Baca Artikel Berkaitan: Nampak Kecil Tapi Bermakna, Lelaki Bantu Kemas Semua Meja Di Restoran Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan:Enggan Kotorkan Lantai, Lelaki Buka Kasut Sebelum Masuk Ke Mesin ATM Raih Pujian [Video]
Netizen Puji Pengguna Bas, Patut Dijadikan Contoh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dan memuji sikap semua pengguna bas yang tidak tergopoh-gapah untuk menaiki kenderaan berat itu.
“Alhamdulillah penuh disiplin sebenarnya orang Malaysia ni,” kata seorang wanita.
“Bagus kita ni sebab masa kecil diajar di sekolah rendah kena berbaris sebelum masuk kelas, masuk makmal dan beli makanan dekat kantin. Orang Malaysia teratur dan sistematik!” tambah seorang warganet.
Malah ada juga yang sempat berkongsi jenaka mengenai situasi orang ramai yang sedang beratur.
“Tak sia-sia berbuih mulut cikgu-cikgu cakap beratur! 30 kali sehari dengar,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berharap agar budaya sama dicontohi di tempat tumpuan ramai di ibu kota.
“Harap perangai orang-orang dekat Pasar Seni pun macam ni. Kadang-kadang tu ada warga asing terus berdesup ke depan selepas pintu bas dibuka,” ujar seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Tak Sia-sia Berbuih Mulut Cikgu Ajar” – Orang Ramai Beratur Panjang Sebelum Naik Bas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengguna-bas-beratur-sebelum-naik-bas-rapid-kl-1024x783.jpeg)
![Image from: “Tak Sia-sia Berbuih Mulut Cikgu Ajar” – Orang Ramai Beratur Panjang Sebelum Naik Bas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengguna-bas-beratur-sebelum-naik-bas-rapid-kl-2-771x1024.jpeg)
![Image from: “Tak Sia-sia Berbuih Mulut Cikgu Ajar” – Orang Ramai Beratur Panjang Sebelum Naik Bas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengguna-bas-beratur-sebelum-naik-bas-rapid-kl-3-1024x291.jpeg)
![Image from: “Tak Sia-sia Berbuih Mulut Cikgu Ajar” – Orang Ramai Beratur Panjang Sebelum Naik Bas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengguna-bas-beratur-sebelum-naik-bas-rapid-kl-4-1024x709.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggupnya!” – Aksi Pelanggan Beratur Panjang Untuk Beli Mekap Undang Perhatian
