“Tak sia-sia tengok kdrama” – Netizen Tercengang Lihat Wanita Jadi ‘Translator’ Di Kedai Durian

Entertainment
4 Jul 2023 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Drama Korea atau K-Drama sangat terkenal di Malaysia, jalan cerita yang unik serta lakonan yang mantap membuatkan ia ada peminat yang tersendiri.

Peminat-peminat K-Drama ini boleh sampai ke satu tahap di mana mereka boleh berbual dan berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Korea.

Itulah yang terjadi baru-baru ini, apabila sebuah video perkongsian @anisrohaizad yang memaparkan seorang wanita bercakap bahasa Korea dengan seorang pengunjung kedai durian dengan begitu lancar.

Video pendek itu memaparkan seorang wanita bertudung biru gelap bercakap dengan seorang warga Korea yang berbaju merah jambu ketika sedang berada di kedai durian menerusi kapsyen, pengguna TikTok itu berkata wanita (Makcik) tersebut menjadi translator di situ.

“Kena rajin tengok K-Drama lepas ni”

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang berasa kagum dengan kepetahan wanita tersebut berbual dalam bahasa asing itu.

Pun begitu, ramai juga yang terhibur melihat reaksi seorang lelaki di dalam video itu yang tercengang melihat perbualan mereka berdua.

image is not available

Tak sia-sia tengok K-Drama berjam-jam hihi

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.