Tak sokong kelakuan buruk, produk kecantikan kaburkan muka Ruhainies dalam iklan

15 Mar 2024 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebuah jenama produk kecantikan popular mengeluarkan satu kenyataan rasmi permohonan maaf berkaitan dengan video iklan mereka di sosial media yang melibatkan seorang artis kontroversi, Ruhainies.

Menerusi satu hantaran di Facebook, jenama tersebut menyatakan penggambaran iklan itu menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

image is not available

“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023,” katanya.

Jenama itu juga memuat naik video iklan tersebut yang memperlihatkan wajah Ruhainies telah dikaburkan selain berharap kontroversi dilalui pelakon berkenaan tidak memberi kesan kepada tayangan iklan mereka.

image is not available

“Rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” ujarnya.

Pihak jenama tersebut juga menegaskan mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat, sebarang kelakuan buruk dan kontroversi yang melanda dunia hiburan tanah air.

image is not available

“Semoga dengan setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkat dariNya.

“Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan anda terhadap Kitsui,” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuk seolah-olah ‘terhibur’ di ruangan komen hantaran Facebook produk tersebut.

Kasihan

image is not available

Siap censor muka!

image is not available

Memang terbaik

image is not available

Tindakan KITSUI yang mengambil langkah untuk mengkaburkan wajah Ruhainies di dalam iklan menunjukkan mereka tidak bersetuju terhadap tindakan dan kelakuan buruk yang dilakukan artis sekali gus menghormati perasaan pengguna dan netizen di Malaysia.

Sumber: Facebook Kitsui Beauty