"Tak Solat Ke Datin?" - Netizen Persoal Ibadah Intan Najuwa, Ini Jawapan Tegas Empunya Badan

18 Feb 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Intan Najuwa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia ditanyakan soalan mengenai ibadah ketika melakukan siaran langsung di TikTok.

Ketika sesi siaran langsung tersebut, seorang individu meninggalkan komen kepada aktres itu dengan mempersoalkan amalan ibadahnya.

"Tak solat ke, Datin? Asyik nak cantik je?" komen seorang netizen.


Selepas membaca komen itu, Intan Najuwa yang berusia 28 tahun itu segera memberikan respons tegas kepada individu tersebut.

"Apa soalan awak ni? Apa kena mengena cantik dengan solat? Lari sangat soalan itu.

"Kalau awak tanya soalan tu dalam kelas, nanti awak kena halau dari kelas itu. Sebab soalan tu lari dari topik.


"Macam langit dengan bumi," balasnya.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pelakon drama Bunga Hati itu agar tidak menghiraukan individu tersebut.


Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Soalan yang b**** orang yang solat tak usah menunjuk-nunjuk tak ada solat untuk melarang seseorang untuk  cantik.”

“Takpayah layan la Datin. Abaikan je.”

“Abaikan je soalan tu Datin. Solat tu kan antara kita dan Allah sahaja.”

“Takkanlah dia nak solat ketika nak buat siaran langsung. Tah apa apa je soalan pun,” komen dari netizen.