“Tak sombong support adik ni” – Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Khadijah Ibrahim Berduet Dengan Buskers

Entertainment
15 Nov 2023 • 1:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim kini mendapat mencuri tumpuan pengguna TikTok kerana sikapnya yang begitu rendah diri bernyanyi bersama seorang busker ketika berada di Penang.

Dalam video tersebut dilihat Khadijah Ibrahim bersama busker yang dikenali sebagai Ezwan Rohman berduet lagu popularnya bersama Datuk Ramli Sarip iaitu Doa Buat Kekasih.

Dalam video itu kita dapat lihat Datuk Khadijah memberikan sokongan buat Ezwan dan mendoakan kejayaan Ezwan dalam bidang seni ini sebelum menyambung nyanyiannya. Datuk Khadijah Ibrahim juga ada berinterasi dengan orang awam untuk nyanyi bersamanya.

Ramai netizen memuji sikap rendah diri Datuk Khadijah Ibrahim yang tak berduet dengan busker mendendangkan lagunya ini. Jadi, ramai juga netizen mendoakan kesihatan dan rezeki yang melimpah buat penyanyi ini.

Dalam masa yang masa kerinduan peminat-peminat Khadijah Ibrahim ini terubat setelah sekian lama tidak mendengar dan melihat penyanyi lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini nyanyi secara live.

image is not available image is not available image is not available

Tiba-tiba rasa nak dengar lagu dia ni pula.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article