“Tak Style Pun Bila Pukul & Buli Orang, Budak Samseng Tak Akan Berjaya” - Alif Satar

9 Apr 2025 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Alif Satar menyifatkan tindakan memukul dan membuli individu lain bukanlah satu perkara yang membanggakan.
 

Buli bukan perkara 'cool'
 

Alif berkongsi perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Tak cool pun. Tak style pun bila kau pukul dan buli orang.

“Budak samseng takkan berjaya. Dunia pun loser, akhirat esok bertambah lagi 'loser’. Don't be among the losers,” tulisnya.

 

Akibat perbuatan membuli

Malah menerusi video yang dikongsi itu juga, Alif turut implikasi yang bakal mereka hadapi sekiranya melakukan perbuatan tersebut.

“Saya tak tahu siapa yang perlu tengok video ni. Saya ada satu cerita, pengalaman saya masuk penjara dan sempat bertemu dengan penghuni dalam penjara.

“Dan macam-macam masalah dan crime yang pernah meraka buat sehingga duduk dalam tu. Saya nak share sikit, mungkin kepada adik-adik yang rasa mereka gangster sangat, nak tunjuk power sampai nak buli orang sampai sebabkan kematian.

“Ada satu kisah ketika bulan puasa, mereka ni nak buka puasa, saya tanya kepada pegawai penjara kenapa ada satu tong di tengah-tengah antara mereka, rupanya mereka makan dalam tong itu.

“Mereka yang duduk dalam penjara, tiada tingkap, tiada kipas, tiada tilam. Nak buang air dekat hujung bilik. Sangat kasihan,” kongsinya.

 

 

 


Berikut merupakan perkongsian penuh Alif:

        View this post on Instagram                      

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)