“Tak Suka Diam” – Minta ‘Stop’ Burukkan Adik, Ibu Ayah Sajat Akui ‘Stress’

24 Nov 2022 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut yang berlaku di antara adik beradik usahawan kosmetik, Nur Sajat dan adik perempuannya, Nur Mustika semakin berleluasa di platform media sosial hingga menjadi topik utama bualan ramai.

Mengulas berkenaan isu yang berlaku, ibu adik beradik tersebut iaitu Maimon Omar berkata bahawa dia menyayangi kedua-duanya dan berharap agar mereka memperbaiki hubungan sebagai keluarga.

Di dalam sesi temubual bersama mStar itu, Maimon juga tidak mengetahui bahawa perbualannya bersama Sajat dilakukan semasa usahawan tersebut sedang ‘live’ di TikTok dan bimbang orang ramai akan pandang buruk terhadapnya.

Bukan itu saja, malah disebabkan pergelutan yang berlaku diantara Sajat dan Mustika ini menyebabkan bapa mereka berasa ‘stress’ serta kecewa kerana merasakan gagal menjaga kedua-duanya.

Dalam pada itu, ibu Sajat turuk meminta agar Sajat mendiamkan diri dan henti memburukkan Mustika biarpun tidak menyukainya.

Tak suka diam, jangan burukkan adik.

Sebelum ini, pergaduhan di antara adik beradik ini mendapat perhatian di platform TikTok kerana kelihatan kedua-dua pihak mempunyai ‘cerita’ sendiri dan hingga satu tahap, Mustika mengatakan perangai Sajat seperti ‘dajjal’.

image is not available 2 hari lalu

"Dia Umpama Dajjal!" - Adik Mengamuk & Dakwa Sajat 'Kaki Kelentong' Makan Duit Orang, Ajak Bersemuka Dalam 'Live'