"Tak Suka, Unfollow!" - Kilafairy Bidas Komen Netizen, Tegur Baju Tunjuk Bentuk Badan

Women's Fashion
1 Nov 2022 • 3:27 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dah lama kita tak nampak pelakon Kilafairy di dalam drama mahupun filem kan. Seperti sedia maklum, semua peminat sukakan penampilan berhijab Kilafairy yang sekarang berbanding dahulu.

Namun, baru baru ini penampilan pelakon tersebut, mencuri perhatian nentizen. Pada anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 Kilafairy tampil dengan gaun serba hitam yang cukup elegan dan menawan.

Tetapi, tidak semua memuji. Biasalah netizen. Ada yang memberi teguran tentang cara pemakaian Kilafairy di anugerah tersebut.

Netizen berpendapat, baju tersebut bukan sahaja menampakkan bentuk badannya malah ia sama sekali tidak sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab.

image is not available

Kredit foto: Xtra

Apa-apa pun, kita boleh memberi teguran namun dengan sopan saantun dan juga penuh adab.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved