“Tak Suruh Kesian, Nak Tunjuk Lemak Belakang..” – Ini Jawab Shuhada Bila Ditegur ‘Post’ Gambar Bekas Suami

18 Oct 2023 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial selepas Shuhada memuat naik foto bersama bekas suami, Hafidz Roshdi di laman Instagram dan perkara itu telah mengundang kecaman ramai.

Bahkan, pelakon lelaki tersebut turut meminta agar Shuhada atau mesra dipanggil Shu memadam foto terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

Dapat dilihat di laman Instagram Shu, foto terbabit sudah pun dipadam olehnya dan digantikan dengan foto yang baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Meninjau di ruangan komen, terdapat seorang netizen menegur wanita tersebut agar tidak menggunakan gambar bekas suami lagi kerana ia sememangnya akan mengundang rasa kurang senang orang ramai, lagi-lagi gambar tersebut mereka kelihatan mesra bersama.

Tidak mendiamkan diri, Shu membalas komen tersebut bagi pertahankan tindakannya memuat naik foto terbabit.

image is not available

Kata Shu, dia mahu orang ramai fokus kepada perubahan saiz badan, bukan melihat Hafidz yang sedang memegangnya ketika itu.

Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sah bercerai talak satu tiga bulan yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

image is not available 1 day ago

Muat Naik Gambar Didukung Ketika Masih Bersama, Hafidz Roshdi 'Warning' Shu - "Padam, Sebelum Saya..."