“Nampak Sangat Tak ‘Move On’ Lagi” – Shuhada Dikecam Muat Naik Foto Dukung-Dukung Dengan Hafidz Roshdi

17 Oct 2023 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia ada memuat naik foto bersama bekas suaminya itu di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Shuhada memuat naik foto dirinya didukung oleh Hafidz dengan tujuan untuk mempromosikan minuman tambahan yang dijualnya.

Sehubungan dengan foto yang dimuat naik Shuhada itu, ramai netizen merasakan perkara itu tidak patut dilakukan kerana mereka berdua sudahpun bercerai dan tidak lagi bersama.

Memang untuk kerja, tapi jauh lebih baik tak perlu nak kaitkan masa lampau dengan masa depan kita. Saya pasti banyak gambar lain yang lebih menonjol lemak itu.

Warga maya juga turut mengkritik Shuhada yang sebelum ini mendakwa dirinya sudah ‘move on’ tetapi perbuatannya menunjukkan sebaliknya.

Andai kata betul sudah move on, jangan la guna populariti atau gosip macam ini sebagai punca rezeki diri dan anak-anak. Jangan libatkan dia.

Terdahulu, Hafidz dan Nurul Shuhada yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bercerai talak satu pada Februari tahun ini setelah kontroversi orang ketiga melanda perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Kami Berdua Dah.." - Netizen Asyik Berdoa Minta 'Get Back' Dengan Sharnaaz, Ini Jawapan Noor Nabila