
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai pelbagai perkara yang ingin diterokainya. Malah di usia ini juga mereka mudah menerima pelajaran kerana otak mereka dikatakan menyerap seperti span.
Oleh itu, adalah penting buat ibu bapa serta penjaga sentiasa mengawasi perkembangan serta mendedahkan mereka kepada kemahiran bersosial, kendiri dan banyak lagi.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membentuk jati diri anak kecil untuk menjadi lebih yakin serta bijak apabila membesar.
Kanak-kanak tulis surat sebab tak tahan bau sampah
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun turut menunjukkan keberanian menyuarakan pendapatnya kepada pihak berkuasa kerana tidak selesa dengan persekitaran.
Menurut laporan Kompas, kanak-kanak yang dikenali sebagai Kefas telah bertindak menulis surat kepada Ketua RT di Perumahan Jakarta Garden City (JGC), Jakarta Timur, Indonesia mengenai rasa kurang senangnya terhadap bau sampah.
Bau sampah berkenaan dipercayai dari Refuse Derived Fuel (RDF) yang ada di sekitar kawasan rumahnya.
Menurut Ketua RT yang dikenali sebagai Wahyu Andre Maryono dia menerima surat tersebut daripada kanak-kanak berkenaan pada 17 Mac lalu.
“Saya menerima surat dari anak ini kerana bau sampah RDF,” jelasnya.
Bau sampah sehingga buat kanak-kanak hilang selera makan
Apa yang lebih menarik si kecil itu turut menulis surat berkenaan untuk menyatakan hasratnya dengan menggunakan pensil di sekeping kertas.
“Encik, hari ini bau sampah sehingga Kefas tidak mempunyai selera makan,” tulisnya.
Bukan hanya itu, kanak-kanak itu turut meminta RDF berkenaan berpindah dari kawasan berdekatan rumahnya.
“Tempat sampah jangan berada di situ, buang jauh-jauh. Terima kasih dari Kefas.”

Ibu bapa Kefas dikatakan telah menangkap foto surat tersebut sebelum menghantarkannya terus kepada Wahyu.
Untuk makluman, jarak kawasan perumahan berkenaan dengan RDF adalah sekitar 800 meter. Walau pun sedikit jauh namun bau busuk sampah itu masih dapat dibau oleh orang sekeliling.
Source:

![“Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![Ibu Dah Meninggal & Ayah Pula Di Penjara, Lelaki OKU Tidur Di Dobi Buat Ramai Sedih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)