Tak Tahan Hidup Bersama Shuk Sahar, Fara Salleh Sah Fail Cerai

LocalEntertainment
2 Mar 2025 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isteri shuk sahar

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Shuk Sahar kembali menjadi perhatian netizen selepas isterinya, Fara Salleh, mendedahkan konflik rumah tangga yang dihadapi mereka sejak sekian lama.

Fara mendakwa Shuk telah mengabaikan dirinya termasuk bayi yang sedang dikandung berusia lima bulan.

Terbaru, Fara menerusi laporan mStar mengesahkan bahawa dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu pada awal Februari lalu.

“Saya dah selesaikan semua urusan perceraian” – Fara

image is not available

Fara memaklumkan bahawa permohonan perceraian itu telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor, dan kini dia hanya menunggu tarikh sebutan kes.

Saya sudah selesaikan semua urusan perceraian dan sedang menunggu tarikh daripada mahkamah. Besar harapan saya Shuk akan beri kerjasama dan ‘kawan-kawan’ dia tak ganggu dalam proses perceraian ini.

Fara turut meluahkan harapan agar segala urusan mahkamah berjalan dengan lancar tanpa gangguan pihak luar, terutama daripada rakan-rakan Shuk.

Fara nekad mahu bercerai kerana sikap Shuk?

image is not available

Lebih mengejutkan, Fara mendakwa bahawa Shuk langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Malah faktor utama dia mahu berpisah kerana Shuk lebih mementingkan rakan-rakan berbanding keluarga sendiri.

Dia langsung tak tunjuk usaha dan disebabkan itu saya nekad mahu bercerai. Dia lebih pentingkan kawan-kawan berbanding saya dan bayi dalam kandungan.

Jelas Fara lagi, mereka sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan tidak berkomunikasi

Pendedahan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya memberikan sokongan kepada Fara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.