Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan

9 Aug 2022 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Asyik bagi janji manis, bila buat kerja nya?

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan. Jalan raya yang berlubang dan teruk bukan sahaja menyakitkan kenderaan, malahan juga mental dan fizikal pengguna.

Asal waktu mengundi, pasti ada sahaja janji-janji manis yang diberikan oleh YB untuk mengambil hati penduduk. Bila sudah dilantik, beribu alasan yang diberikan kepada penduduk berkenaan dengan infrastruktur yang perlu dibaiki.

image is not available
Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan. Sumber gambar: FB ISU Sandakan

Penat menunggu jalan tidak dibaiki, penduduk bertindak untuk menampal jalan berlubang

Begitulah yang dilalui oleh penduduk di Kampung Bariawa Sandakan. Difahamkan bahawa penduduk telah membuat aduan berkenaan dengan pihak atasan mengenai jalan rosak di Batu 9 Jalan Labuk Lama, Kampung Bariawa Sandakan.

Menerusi perkongsian Facebook milik ISU Sandakan, masih tiada tindakan yang dikenakan sehingga 7 Ogos 2022. Penduduk setempat tidak tahan melalui jalan yang rosak sejak sekian lama dan terpaksa campur tangan dalam urusan penyelenggaraan.

Hanya janji palsu

Penduduk menggunakan sisa konkrit yang tidak diguna, untuk menampal ke atas jalan yang berlubang tersebut. Hanya dengan berbekalkan cangkul dan penyodok penduduk kampung beramai-ramai meratakan longgokan sisa konkrit untuk diratakan di atas jalan yang rosak.

Sebelum ini, Mokran Ingkat selaku ADUN Sungai Manila telah memuat naik video di laman Facebooknya di mana beliau melawat ke tempat tersebut dan memberitahu bahawa lori dari 3 syarikat menjadi punca jalan tersebut rosak.

image is not available
Sumber gambar: FB Mokran Ingkat

Beliau turut menyatakan untuk meminta pihak JKR untuk memasang palang had ketinggian/muatan untuk menyekat lori lebih muatan melalui jalan ini. Namun, tindakan tersebut masih belum dilaksanakan hingga hari ini.

Penat dengan janji manis kerajaan, penduduk Sabah siap buat troll lagi image is not available Jom lihat dibawah: