Tak Tahan Jalan Berlubang, Penduduk Keluar Duit Sendiri Baiki Jalan Rosak

Entertainment
14 May 2023 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara tidak tahan dengan jalan raya yang teruk dan berlubang, sekumpulan penduduk di Hulu Bernam mengambil inisiatif sendiri membaiki laluan di jalan Kampung Sri Keledang ke Kampung Alah Batu.

Proses baik pulih jalan itu melibatkan laluan sepanjang enam kilometer yang juga merupakan jalan utama bagi penduduk Kampung Sri Keledang ke pekan Slim River.

Difahamkan, jalan raya di situ berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan jika dibiarkan begitu sahaja.

Menurut seorang penduduk, Hamizi Md Nur, 51, jalan raya berlubang di situ bukan sahaja membahayakan pengguna, malah turut mengakibatkan kerosakan pada kenderaan.

Sambungnya lagi, jalan raya yang sempit ditambah keadaan tebing yang tinggi juga berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Ada juga kawasan yang sudah beralun dan tidak rata menyebabkan sebuah kenderaan perlu berhenti apabila berselisih.

“Kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri sebelum terjadi kejadian yang tidak diingini terutama membabitkan penduduk kampung yang berulang-alik setiap hari,” katanya kepada sumber.

Pada malam tadi, Hamizi bersama beberapa penduduk yang lain berkongsi duit membeli simen dan batu untuk diturap pada jalan yang berlubang. Difahamkan, proses baik pulih jalan itu bermula pada jam 11 malam sehingga 2 pagi.

Menurut wakil penduduk di situ, dia bersama yang lain melakukan proses baik pulih jalan sebagai tanda sumbangan kepada masyarakat setempat. Sambungnya lagi, mereka tidak mengharapkan apa-apa imbuhan daripada mana-mana pihak.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.