Tak tahan panas, pemandu lori tuang ais seguni

9 Nov 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak tahan panas, pemandu lori tuang ais seguni

JAKARTA – Seorang pemandu lori dan rakan kelindannya menjadi sensasi internet selepas mereka dirakam menuangkan ais batu ke dalam kenderaan itu supaya suhu menjadi sejuk.

Kejadian berlaku ketika cuaca panas melanda Indonesia. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan kedua-dua individu menuangkan sebungkus besar ais  di bawah tempat duduk mereka. 

Perakam yang dipercayai penumpang dilihat memijak ais tersebut dengan tapak kakinya. 

Mereka berbuat sedemikian agar keadaan di dalam lori menjadi lebih sejuk. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya yang duduk dalam bilik juga sanggup rendam kaki dalam ais walaupun sudah pasang kipas angin,” kata seorang netizen. 

“Kesan El Nino,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Tak tahan panas, pemandu lori tuang ais seguni appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved