Pusat beli-belah The Mines, di Seri Kembangan baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila seorang lelaki dengan selamba memancing di dalam kompleks tersebut.
Video lelaki itu telah tular di media sosial, khususnya di TikTok dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hati Kau Memang Kering Bro! Pak Guard Pun Pening Nak Buat Apa Ngan Ngko Komen Up Kalau Nak Tengok Part 2 #kakipancing #hatikering #theminesshopingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share
Dalam video berdurasi 55 saat, lelaki itu dilihat mengeluarkan joran dan memancing walaupun sudah ditegur oleh pengawal keselamatan.
Tetapi, teguran itu langsung tidak diendahkan dan dia berterusan melakukan aktiviti terlarang itu di beberapa lokasi lain dalam kompleks tersebut.
Perbuatannya yang luar biasa itu menarik perhatian pengunjung serta pekerja restoran di sekitar.
Replying to @norfadilah17 Dia Punya Hati Kering Memang Tak Boleh Bawak Bincang. Nasib Brother Ni Tak Kene Cekup Dengan Pak Guard Mall. At Last Dia Blah Sebab Kumpau #kakipancing #hatikering #kumpau #themineshoppingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share #follow
Bagaimanapun, lelaki itu tidak berjaya menangkap sebarang ikan. Selepas beberapa kali mencuba tanpa hasil, akhirnya dia berundur.
Kejadian ini mendapat perhatian netizen dan ada yang mendakwa lelaki itu dipercayai geram melihat ikan-ikan dalam tasik itu yang kebanyakan bersaiz besar..
‘Dah lama kumpau’

‘Saiz ikan besar tiang lampu’

The post ‘Tak tahan tengok ikan besar dalam tu’ – Lelaki selamba mancing dalam The Mines, tak peduli teguran Pak Guard appeared first on The Reporter.




