Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Uqasha Tampil Bersuara - “Tak Pasal-Pasal Kena Juga”

11 Oct 2024 • 4:43 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Uqasha Senrose tampil bersuara berkaitan khabar angin rumah tangganya yang didakwa bergolak.

Nafi Ada Kemelut Rumah Tangga

Perkara tersebut dinyatakan menerusi posting di Instagram miliknya di mana dia  meluahkan rasa terkilan apabila namanya turut terpalit dalam isu tersebut.

“Didakwa bergolak? Siapa dakwa?

“Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tak pasal-pasal kena juga,” tulisnya.

image is not available

Dalam pada itu, Uqasha turut menitipkan ucapan terima kasih kepada suaminya, Kamal Adli yang difahamkan selalu menasihatinya agar selalu bersikap reda dengan perbuatan orang.

“Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.\

“Biar orang buat kita, Allah Maha Adil,” ujarnya.

Kamal sebelum ini menafikan gosip rumah tangganya dengan Uqasha bergolak dan tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya berharap netizen menjaga percakapan.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada April lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved