Tak Tahu Apa Punca, Bell Ngasri Reda Kurang Tawaran Berlakon - “Nak Panggil Silakan, Kalau Tak Nak Sudah…”

18 Apr 2025 • 3:21 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Bell Ngasri mendedahkan kurang menerima tawaran lakonan untuk melakonkan naskhah air mata.


Berlapang dada


Bell, dia sendiri tidak mengetahui apakah puncanya namun tetap berlapang dada dengan setiap bentuk rezeki yang diterimanya ketika ini.



“Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau orang takut panggil saya selepas menang Anugerah Bintang Paling Popular ke-35.

“Tapi alhamdulillah saya masih bekerja untuk beberapa program. Mungkin hanya tawaran berlakon yang agak kurang.

“Mungkin juga tidak banyak jenis cerita yang pengarah nak buat atau sebagainya. Saya pun tak tahu (punca) tapi serahkan semua pada rezeki,” ujarnya.


Bell berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan gala filem 6 Jilake bertempat di TGV, Mid Valley pada Rabu.

 

Dihujani pekerjaan lain


Bagaimanapun kata Bell, dia bersyukur kerana masih dihujani dengan pelbagai peluang pekerjaan lain termasuk pengacaraan dan kerja belakang tabir.

“Tapi semua kena faham, saya ada banyak juga kerja-kerja lain, bukan berlakon semata-mata.

“Namun, alhamdulillah saya okey sahaja. Nak panggil silakan, kalau tak nak sudah.


“Saya tidaklah kecewa, sikit-sikit pun saya bersyukur sebab masa menang pun, bukannya hero yang berlambak dengan dengan drama atau filem.



“Namun, saya tidak mahu ada rasa kekurangan atau sebagainya dan tetap bersyukur. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghargai hasil kerja saya,” jelasnya.



Terdahulu, Bell sebelum ini pernah mendedahkan kurang mendapat tawaran lakonan tahun lalu namun enggan menjadikan kemenangannya pada ABP35 sebagai punca.