“Tak tahu apa susahnya”- Influencer Buat Lagu Khas Untuk Orang Yang Tak Guna Signal Ketika Memandu

Entertainment
27 Jan 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun mudah, namun masih ramai pemandu di Malaysia yang lupa atau malas menyalakan lampu signal apabila mahu membelok ke kanan atau ke kiri.

Apabila lampu signal tidak dinyalakan ketika anda ingin menukar laluan di jalan raya, tindakan tersebut boleh menyebabkan kemalangan.

Oleh itu, seorang content creator yang dikenali sebagai Bryson Lew di Instagram baru-baru ini telah menulis dan menyanyi lagu yang ditujukan khas untuk individu-individu yang malas memberi ‘signal’ apabila ingin menukar laluan ketika memandu kenderaan.

Antara lirik yang memorable dalam lagu tersebut ialah ‘Guna signal, gunalah signal, aku jumpa orang yang tak guna signal dah banyak kali. Jalan ini bapak kau punya?’

Jika korang nak tonton video penuh lagu ini, boleh tengok di YouTube Bryson Lew.

Rata-rata warganet juga memuji inisiatif Bryson menulis lagu yang ditujukan khas untuk pemandu-pemandu di Malaysia ini.

image is not available

Lepas ni, kalau ada member korang yang malas nak bagi signal ketika membelok ketika memandu, forward je video lagu ni kat dorang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.