“Tak Tahu Apa Yang ‘Diorang’ Tu Marah Sangat” – Sherry Ibrahim Kesal Dibuli Netizen Di Media Sosial

EntertainmentLifestyle
8 Apr 2026 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa kurang senang apabila setiap perkongsiannya di media sosial sering disalah tafsir sehingga dianggap menyindir pihak tertentu.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 43, menegaskan bahawa segala hantaran yang dimuat naik hanyalah berkaitan dengan dirinya sendiri, selain bertujuan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

image is not available

“Ya Allah. Kenapa perlu bersangka buruk dan buat andaian tanpa disedari. Kalian tak takut ke dengan fitnah dan tuduhan.”

“Hantaran saya berkaitan dengan diri saya dan apa yang saya ingin kongsikan untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Teduhan Kasih itu turut menegur sikap segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen berunsur keterlaluan sehingga boleh dianggap sebagai buli siber.

Malah, Sherry menegaskan dia tidak akan berdiam diri sekiranya perkara tersebut melampaui batas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-08 13:56:58

Perkongsian Zizi Kirana Bersama Keluarga Yusuf Bahrin Jadi Tumpuan - "Mereka Tetap Mertua Saya Sampai Bila-Bila"

The post “Tak Tahu Apa Yang ‘Diorang’ Tu Marah Sangat” – Sherry Ibrahim Kesal Dibuli Netizen Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article