“Tak Tahu Kerajaan Malaysia Sudah Kuat Kuasa VEP” – Alasan Pemilik Kenderaan Singapura

LocalCars
4 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dalam tempoh hanya 3 hari, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 1,489 saman terhadap kenderaan berpendaftaran Singapura kerana tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan (VEP). Operasi tersebut dijalankan antara 1 hingga 3 Julai lalu di sempadan darat Malaysia-Singapura.

Jumlah Kutipan Saman Cecah RM445,800

image is not availableimage is not available

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, memaklumkan hasil operasi tersebut membawa kepada kutipan saman berjumlah RM445,800. Beliau mendedahkan bahawa sebanyak 14,379 kenderaan Singapura diperiksa sepanjang operasi di pintu keluar CIQ BSI, KSAB dan kawasan sekitar.

image is not available

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan

"Rata-rata 1,489 pemilik atau pemandu kenderaan yang kita saman, setakat ini, memberi alasan hampir sama, iaitu tidak tahu Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan penguatkuasaan, sebaliknya ingat kita masih dalam tindakan advokasi,” jelasnya.

JPJ tidak berkompromi dan meneruskan tindakan saman tanpa amaran. Semua saman perlu dijelaskan dengan segera oleh pemilik kenderaan terbabit.

Majoriti Kenderaan Singapura Sudah Aktifkan VEP

image is not available

Menurut Muhammad Kifli, hampir 90% kenderaan persendirian berdaftar Singapura sudah mengaktifkan tag RFID VEP. Sehingga 31 Julai, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 277,930 tag VEP melibatkan kenderaan individu dan syarikat dari Singapura.

Beliau mengakui walau majoriti sudah mendaftar, masih ada segelintir pemilik yang belum melengkapkan pendaftaran di kawasan Johor Bahru dan sekitarnya.

"Selepas disaman, mereka akan akur dan terus memasang serta mengaktifkan VEP masing-masing,” tambahnya.

Operasi Akan Terus Dijalankan

image is not available

JPJ akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan penuh di lokasi-lokasi tumpuan warga Singapura.

“Kiita ingin mengingatkan semua pemilik kenderaan asing supaya segera mendaftar, memasang serta mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelak sebarang kesulitan ketika memasuki dan keluar dari Malaysia," tegas Muhammad Kifli lagi.

Sekiranya dikesan, denda maksimum RM300 akan dikenakan bagi setiap kesalahan berdasarkan Seksyen 66H(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian | Foto: JPJ Johor