Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari Singapura-Malaysia, 22 Pemandu Ditahan

15 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seramai 22 pemandu ditahan kerana menawarkan khidmat kereta sewa di Singapura dan khidmat ulang-alik dari Singapura ke Malaysia.

Memetik kenyataan akhbar di Berita MediaCorp, kenderaan para pemandu berkenaan juga ditahan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan para pemandu itu ditangkap pada Jumaat (11 Jul) di Lapangan Terbang Changi dan Taman di Pesisiran.

LTA menekankan ia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap perkhidmatan haram sedemikian.

Pesalah menghadapi denda sehingga S$3,000 dan/atau hukuman penjara enam bulan.

Kenderaan mereka juga mungkin dirampas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved