Tak Tahu Nak Layan Movie Apa Semasa Deepavali? Ini Senarai Filem Yang Korang Boleh Tonton

EntertainmentMovie
7 Nov 2026 • 1:02 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tak Tahu Nak Layan Movie Apa Semasa Deepavali? Ini Senarai Filem Yang Korang Boleh Tonton

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tinggal berapa hari sahaja lagi masyarakat Hindu akan meraikan Deepavali. Selain aktiviti menziarahi keluarga, ramai yang turut menjadikan sambutan cuti perayaan ini untuk waktu menonton filem bersama.

Setiap kali Deepavali kebiasaannya pasti stesen televisyen akan menyajikan cerita-cerita yang menarik seperti Kabhi Kushi Kabhie Gham, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan sebagainya.

Namun mungkin ada di antara anda yang mahukan sedikit kelainan, sebenarnya ada banyak lagi tau filem Tamil mahupun Hindustan yang menarik dan bawa pelbagai mesej positif.

Jom kami kongsikan dengan korang antara filem yang menarik untuk ditonton Deepavali ini:

#1 Sivaji: The Boss

Sivaji: The Boss ini merupakan filem Tamil yang mengisahkan tentang seorang jurutera perisian yang pulang ke India untuk membantu negaranya.

Malah jurutera dikenali sebagai Sivaji ini juga mahu melabur demi kesejahteraan negara.

Walau bagaimanapun, niat murninya itu tidak mudah untuk dilakukan apabila dia berdepan dengan tentangan hebat dari pegawai dan juga ahli politik yang korup. Malah Sivaji cuba untuk membantu rakyat yang miskin.

Namun selepas berdepan dengan pelbagai rintangan untuk memastikan impiannya membantu negara tercapai, Sivaji akhirnya terpaksa mengambil langkah yang drastik.

Sivaji: The Boss juga merupakan sebuah filem aksi yang dikeluarkan pada tahun 2007. Meskipun ia satu filem lama, namun percayalah yang korang pasti akan suka dengan setiap plot dalam cerita ini.

Antara pelakon untuk filem ini adalah:

  • Rajinikanth
  • Shriya Saran
  • Manivannan
  • Suman Talwar
  • Vivek

#2 Sivakasi

Sivakasi merupakan sebuah filem Tamil yang menceritakan tentang pengorbanan seorang adik bernama Sivakasi atau Muthappa serta konflik keluarga.

Sivakasi terpaksa keluar daripada rumahnya pada usia yang muda disebabkan jenayah yang dilakukan oleh abangnya, Udayappa.

Dia kemudian bekerja sebagai jurukimpal dan berjumpa dengan kekasih hati iaitu Hema. Percintaan mereka turut mendapat restu dari bapa Hema untuk berkahwin.

Namun abang Hema merasakan gaji yang diperoleh Sivakasi tidak mampu untuk menaggung adiknya. Perkara itu menyebabkan akhirnya Sivakasi terpaksa menceritakan hal sebenar.

Susulan daripada pendedahan cerita tersebut, Hema lalu mengatakan kepada Sivakasi, mereka hanya akan berkahwin sekiranya dia mendapat restu daripada keluarganya. Oleh itu, Sivakasi pulang ke kampung halaman.

Cerita ini menjadi lebih serius sebaik Sivakasi mengetahui mengenai abangnya, Udayappa serta ahli keluarga yang lain. Dia kemudian bertekad untuk membetulkan keadaan secara rahsia serta memberikan pengajaran kepada abangnya.

Filem tahun 2005 ini dilakonkan oleh:

  • Vijay
  • Prakash Raj
  • Asin Thottumkal
  • Lashana
  • Rajesh dan ramai lagi

#3 Kaithi

Kaithi menceritakan tentang seorang banduan yang begitu teringin untuk berjumpa dengan anak perempuannya yang berada di rumah anak yatim.

Sebaik keluar daripada penjara Dilli, kemudiannya mula mengatur rancangan untuk berjumpa dengan anaknya yang telah lama terpisah.

Namun perjalanan untuk berjumpa dengan anaknya tidak mudah apabila Dilli kemudiannya terpaksa bekerjasama dengan pegawai pasukan petugas khas, Bejoy yang dilakonkan oleh Narain untuk menyelamatkan nyawa anggota polis lain yang sudah diracun sewaktu di sebuah acara makan-makan.

Perkara itu dipercayai berlaku selepas Bejoy merampas dadah bernilai bilion Indian rupee daripada penyeludup licik sehingga menyebabkan ratusan samseng keluar untuk membalas dendam dan menuntut semula hak mereka.

Dalam filem yang diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj awalnya, Dilli enggan menjebakkan dirinya namun terpaksa selepas diugut oleh Bejoy dan di sinilah perjuangan mereka bermula.

Sebagai info, filem Kaithi ini turut ada diadaptasi dalam industri filem Malaysia bertajuk Banduan. Filem tersebut dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor sebagai inspektor Johari dan Datuk Aaron Aziz sebagai Dali.

#4 Bangalore Days

Penat dengan filem aksi dan korang nak kan filem yang lebih chill dan relaks? Bangalore Days adalah filem sesuai untuk beri mood lebih chill sempena Deepavali ni.

Bangalore merupakan sebuah filem Malayalam yang bergenre romantik komedi, yang menceritakan tentang tiga orang saudara dari Kerala iaitu Divya, Kuttan dan juga Arjun yang sejak dari kecil menyimpan cita-cita untuk berpindah ke Bangalore.

Tiga saudara ini mempunyai hubungan yang begitu rapat sejak kecil namun setiap diantara mereka mempunyai kisah tersendiri.

Apabila mereka berpindah ke Bangalore meskipun ia adalah impian sejak dari kecil namun ketiga-tiga mereka berdepan dengan pelbagai cabaran seperti hubungan perkahwinan dan percintaan, keluarga dan banyak lagi.

Namun cerita ini pastinya membuatkan korang tidak senang duduk untuk mengetahui apakah pengakhiran ketiga-tiga saudara ini di Bangalore.

Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Anjali Menon pada tahun 2014, namun kami pasti korang mungkin akan sukakan sinematografinya yang cantik.

Cerita yang tidak terlalu berat ini juga akan buatkan korang enjoy menontonnya selain ia membawa mesej mengenai harapan tiga saudara iu dalam hidup mereka.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah:

  • Dulquer Salmaan
  • Nivin Pauly
  • Nazriya Nazim

#5 English Vinglish

Tak dinafikan mempelajari atau mahir dalam sesuatu bahasa asing bukanlah perkara mudah apatah lagi apabila bahasa tersebut tidak sentiasa ditutur atau dipraktikan oleh majoriti orang sekeliling.

Namun dengan usaha dan semangat demi memajukan diri pastinya tiada yang mustahil. Begitulah kisah mengenai seorang wanita dikenali sebagai Shashi yang tidak pandai berbahasa Inggeris.

Dia yang juga seorang usahawan kecil menjual manisan sering dipandang rendah oleh suami dan juga anak perempuan disebabkan tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Sashi berasa tidak yakin dengan dirinya.

Satu hari Shashi telah terbang ke New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri perkahwinan kakaknya. Shashi terpaksa ke New York lima minggu lebih awal daripada tarikh majlis perkahwinan untuk membantu kakaknya membuat persediaan majlis.

Cabaran Shashi bermula apabila dia terpaksa terbang berseorangan ke New York dan mengetahui dirinya tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia sukar untuk berkomunikasi.

Apa yang lebih menarik, filem bergenre komedi ini turut menunjukkan bagaimana Shashi terus berusaha memperbaiki kelemahannya itu walaupun berdepan pelbagai cabaran dan membuktikan ilmu tidak mengenal umur, latar belakang dan sebagainya.

Filem ini dibintangi oleh:

  • Sridevi
  • Adil Hussain
  • Mehdi Nebbou
  • Amitha Bachan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved