Ada Zubir Khan & Havoc Brothers! Little India Brickfields Jadi ‘Port’ Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026

6 Nov 2026 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ANA 10

Kalau korang belum ada rancangan pada 14 November ini, apa kata singgah ke Little India Brickfields, Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026. 

Program tersebut bakal menghimpunkan kira-kira 5,000 pengunjung dengan membawakan tema “Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan”.

Lebih menarik program yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) akan  berlangsung dari 8 pagi hingga 11.30 malam bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persembahan Tarian Tradisional, Seni Mempertahankan Diri Antara Tarikan Utama

Acara kali ni bukan sekadar datang untuk memeriahkan suasana, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan yang mengetengahkan keunikan warisan masyarakat India.

Antara pengisian yang disediakan termasuk persembahan tarian tradisional India, persembahan alat muzik klasik seperti Veenai dan Mridangam serta demonstrasi seni mempertahankan diri seperti Silambam, Kalaripayattu dan Karra Samu.

Malah, pertunjukan fesyen turut menjadi antara aktiviti yang bakal menyerikan sambutan kali ini.

Rumah KAMI Himpunkan 7 Warisan Budaya, Artis Terkenal Turut Buat Persembahan!

Satu lagi tarikan menarik ialah reruai Rumah KAMI yang memperkenalkan kepelbagaian warisan dan tradisi masyarakat Melayu, Cina, Tamil, Telugu, Punjabi, Gujarati dan Malayalee.

Menerusi pengisian ini, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian budaya yang membentuk identiti masyarakat Malaysia.

Suasana pastinya lebih meriah dengan kehadiran barisan artis dan penyanyi terkenal tanah air seperti Yogi B & Natchatra, Buggimaan, Havoc Brothers, Zubir Khan, Gayathri Thandapany, Kashmir Stone dan Kumaresh.

Menurut Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang, sambutan ini bukan sahaja bertujuan meraikan perayaan Deepavali, malah menjadi ruang untuk rakyat pelbagai kaum mengenali, memahami dan menghargai keunikan budaya antara satu sama lain.

Beliau berkata, setiap perayaan merupakan sebahagian daripada khazanah warisan negara yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan rakyatnya untuk hidup bersama dalam kepelbagaian. Setiap perayaan membuka ruang untuk kita saling mengenali, memahami, menghormati, menerima dan meraikan keunikan antara satu sama lain.”

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di Little India Brickfields pada 14 November ini.

Bukan sahaja dapat menikmati persembahan menarik, malah pengunjung juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat keunikan budaya dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia!

Sumber: Siaran Media Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved