Tak Tahu Nak Posing Macam Mana Dengan Keluarga Raya Nanti? Jom Ikut Cara Ni!

16 Apr 2023 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadan akan melabuhkan tirainya dan Hari Raya Aidilfitri pula akan menjelma. Selain makan rendang, lemang dan ketupat, bergambar OOTD bersama ahli keluarga dan sanak saudara juga antara aktiviti wajib ketika lebaran.

Namun, tak dinafikan bukan senang nak dapatkan gambar raya yang cantik dan estetik sebab mesti ada je adik beradik kita yang akan spoil kan gambar sebab dorang tak tahu nak buat gaya macam mana.

Ha, jangan risau, seorang TikToker yang juga seorang jurugambar ada berkongsikan tips dan idea yang boleh kita praktikkan ketika bergambar raya nanti.

Untuk anda yang memiliki lima orang ahli keluarga, boleh cuba gaya huruf X, huruf M dan huruf V yang dikongsikan oleh Nasion Patriotik di TikTok ini.

Manakala untuk anda yang mempunyai empat orang ahli keluarga pula, boleh cuba gaya huruf Y dan huruf C serta pose berpelukan. Confirm family korang nampak cool dan lain daripada yang lain.

@nasionp

Replying to @ nih ide foto keluarga ber 4 untuk lebaran, untuk yang mau belajar lightroom lgsg klik link oren ya guys cuman 35k aja terimakasih buat yg mau beli love you #SerunyaMainBareng #SerunyaBareng #serunyamainbarengvivov27 #SerunyaBelajarBareng #Nasionp

♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

image is not available

image is not available

Jadi, korang boleh ikuti tips yang dikongsikan ini untuk dapatkan gambar raya sekeluarga. Barulah nampak lebih cantik bila nak upload dekat Instagram atau Facebook kan.

Kalau nak lebih banyak idea posing, boleh check out TikTok lelaki ni tau. Selamat mencuba!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.