Tak tahu nak undi sapa PRU15? WhatsApp kini ada fungsi tinjauan

Digital
16 Nov 2022 • 4:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat anda yang tak perasan, WhatsApp kini ada fungsi untuk adakan undian. Ia boleh digunakan sama ada untuk mesej satu-dengan-satu yang saya rasakan tak berguna pun ataupun anda boleh gunakan di Group.

Boleh digunakan untuk WhatsApp veris Android dan iOS, cara gunakannya mudah sahaja. Pilhan untuk adakan undian ada dalam senaria yang keluar bila anda nak kongsi gambar. Sebanyak 12 pilihan boleh dimasukkan dalam satu undian. Apabila undian berjalan, ahli Group boleh tekan pilihan yang mereka inginkan dan keputusan boleh dilihat secara masa nyata.

image is not available

Kekurangannya adalah, satu pengguna boleh mengundi lebih daripada satu pilihan. Saya harap aka nada kemas kini yang mengedahkan kepada satu pilihan sahaja.

Fungsi ini sangat berguna kalau anda nak buat pungutan suara seperti nak makan tengah hari di mana. Sebenarnya ciri ini sudahpun diuji sejak April 2022 untuk pengguna Beta dan diedarkan secara berfasa kepada pengguna versi stabil.