“Tak Takut..” – Kongsi Cerita Rumah Pernah Kena Rompak, Kebaikan Jo Boah Jadi Bualan

EntertainmentLifestyle
24 May 2025 • 3:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Susulan keluaran drama “Dear Hongrang”, Jo Bo-ah dan Lee Jae-wook telah terlibat dalam satu temu bual bersama Netflix Korea.

Ketika sedang berborak, Jo Bo-ah sempat membuka cerita tentang zaman kanak-kanaknya, ketika rumah keluarganya pernah dirompak. Kongsinya,

Saya rasa saya berusia kira-kira 7 atau 8 tahun pada ketika itu apabila seorang pencuri masuk ke rumah kami dan mengambil semua barang berharga ibu saya. Dari rasa takut atau marah, saya masih ingat bahawa saya berasa kasihan kepada pencuri itu.

Jelasnya mengapa,

Saya fikir ‘Betapa sukarnya hidupnya sampai kena ceroboh rumah orang lain dan mencuri?’. Mengimbas kembali sekarang, ia adalah perkara menakutkan untuk dibayangkan tetapi itulah yang saya rasakan ketika itu.

Khususnya, perkongsian Jo Bo-ah telah menarik perhatian ramai, membuktikan bahawa dia mempunyai hati yang murni.

Tak semua orang kan boleh rasa kasihan kat pencuri..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.