Tak Tepati Selera Penonton, Anggap Pembukaan Sukan Olimpik 2024 Di Paris Membosankan

27 Jul 2024 • 2:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meninjau di platform X, kebanyakkan peminat sukan yang melihat acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 Paris membosankan dan tidak tepati selera mereka.

Dapat dilihat, penganjur temasya untuk kali ini membuat kelainan dengan melangsungkan acara di sepanjang Sungai Saine untuk pertama kali dalam sejarah kerana sebelum ini selalu dibuat di dalam stadium.

Ada beberapa perkara yang tidak disukai oleh peminat, antaranya perarakan yang dilakukan di atas bot dan persembahan yang mempunyai unsur LGBT ketika upacara berlangsung.

Sewaktu kontinjen Malaysia muncul dengan The Malaya rekaan Rizman Ruzaini, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana kedudukan kamera yang terlalu jauh dan ditayangkan tidak sampai 10 saat.

Sekadar info, Sukan Olimpik 2024 Paris dilangsungkan hingga 11 Ogos 2024 dan ia merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30.

image is not available 2 weeks ago

"Wakil Kami Tidak Akan Pakai.." - Perancis Larang Atlet Wanita Sukan Olimpik 2024 Pakai Tudung Ketika Bertanding

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved