“Tak Terkejut Pun..” – Terima Reaksi Pra-Kontra, Video Lee Minho Merokok Tular

WorldEntertainment
12 Dec 2024 • 10:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Biasalah kan kalau dah jadi selebriti popular ni, apa sahaja yang dibuat pasti akan meraih tumpuan ramai.

Baru-baru ini tular menerusi komuniti dalam talian, video Lee Min-ho yang dilihat sedang merokok di depan sebuah restoran barbeku di kawasan Seoul.

Meskipun wajah lelaki itu tidak jelas kelihatan, pemilik video menyatakan bahawa dia secara kebetulan terjumpa Lee Min-ho ketika sedang lalu di kawasan tersebut.

Meninjau ruangan komen, netizen kebanyakannya meninggalkan reaksi pra-kontra dengan ada yang mengkritik dan ada juga yang menjelaskan bahawa pelakon itu sudah cukup dewasa untuk membuat pilihannya sendiri.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.