Takaful Ikhlas salur zakat hampir RM1 juta

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 5:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Takaful Ikhlas salur zakat hampir RM1 juta

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, memperkukuhkan peranan sebagai institusi kewangan Islam bertanggungjawab menerusi penyaluran zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf melalui kerjasama strategik bersama institusi-institusi zakat di seluruh negara.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, sebagai pengendali takaful yang berlandaskan prinsip ta’awun dan peka dengan tanggungjawab sosial, pihaknya percaya bahawa zakat merupakan instrumen penting dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia.

Jelasnya, pada tahun ini, zakat perniagaan Takaful Ikhlas disalurkan kepada institusi-institusi zakat di negeri Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

”Melalui kerjasama erat bersama institusi zakat di negeri-negeri tersebut, kami dapat memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan serta memberikan impak yang lebih mampan kepada kehidupan mereka.

“Kami melihat penyaluran zakat bukan sekadar satu kewajipan, tetapi sebagai pelaburan sosial yang mampu membantu memperkasakan komuniti, meningkatkan taraf hidup penerima dan menyumbang kepada pembangunan ummah secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan zakat perniagaan Takaful Ikhlas diselaraskan menerusi Ikhlas Barakah House, iaitu platform pengumpulan dan pengagihan dana patuh syariah yang diwujudkan bagi memperluaskan impak sosial syarikat melalui lima fokus utama.

Ia meliputi pembangunan ekonomi, kesejahteraan kesihatan, pemerkasaan komuniti, peningkatan pendidikan serta kelestarian alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

The post Takaful Ikhlas salur zakat hampir RM1 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved