Takahashi imbau kenangan perbincangan dengan Salahuddin

24 Jul 2023 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar ciapan Twitter Takahashi Katsuhiko pada Isnin

KUALA LUMPUR - Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada Ahad.

Duta itu mengimbau kembali perbincangan dengan Allahyarham pada Mac lalu dan berkongsi foto pertemuan mereka melalui akaun Twitternya.

"Saya sangat dukacita mendengar berita pemergian YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya masih ingat perbincangan saya dengannya pada Mac.

"Takziah kepada keluarga beliau,” katanya.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Dilahirkan pada 1 Disember 1961, Salahuddin dilantik menganggotai kabinet sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2018 hingga 2020.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November tahun lalu, Ahli Parlimen Pulai itu dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: