Takbir bergema di Masjid Jamek Cina Muslim Klang, tonjol seni bina silang budaya

18 Feb 2026 • 3:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 18 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan rakaman takbir Aidilfitri di Masjid Jamek Cina Muslim Klang pagi tadi, sekali gus menonjolkan keunikan seni bina masjid beridentitikan silang budaya itu.

Rakaman berkenaan berlangsung di dalam dewan solat utama serta di perkarangan masjid yang dihiasi landskap taman dan kolam ikan koi, memperlihatkan keseluruhan struktur bangunan yang menjadi tumpuan pelawat.

Turut bersama Imam Masjid Negeri Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki dan Imam Masjid Jamek Cina Muslim Klang Ahmad Mujahid Muhamad Zan selain barisan EXCO serta pegawai.

Masjid berkenaan menampilkan seni bina unik yang menggabungkan elemen tradisional Cina dengan ciri seni Islam, sekali gus mencerminkan keharmonian budaya di negeri ini.

Dewan solat utama yang luas dengan siling tinggi memperlihatkan sentuhan seni bina tradisional Cina yang jelas pada struktur dan reka bentuknya.

Ia turut dipadukan dengan kaligrafi Islam serta garis melengkung yang selari dengan konsep pagoda pada bahagian luar bangunan.

Gabungan seni bina itu menjadikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang antara lokasi tumpuan pelawat serta simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Rakaman takbir Aidilfitri di lokasi berkenaan turut menyerlahkan suasana tenang dan harmoni menjelang sambutan Aidilfitri.

Keunikan reka bentuk masjid beridentitikan silang budaya itu sekali gus memperkukuh imej keharmonian dan kepelbagaian budaya di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved