“Takbur?” – Ariff Bahran ‘Show Off’ Duit Berkepuk Dalam Peti Sejuk Undang Kecaman Netizen

Entertainment
31 May 2023 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai anak muda kini memilih untuk menceburi bidang kewangan seperti pelaburan saham atau perniagaan pertukaran mata wang (forex trading) untuk menyara kehidupan.

Sama seperti penyanyi muda Ariff Bahran yang kini giat melakukan aktiviti forex trading dan selalu berkongsi perjalanannya itu di TikTok miliknya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan penyanyi yang juga bekas peserta Big Stage musim pertama itu flex atau menunjukkan jumlah wang yang banyak yang diletakkan di dalam peti sejuk.

Ariff bergurau kononnya ingin mencari makanan dalam peti sejuk berkenaan namun terkejut apabila terdapat banyak wang yang berkepuk-kepuk.

@ariffbahran

Kalau kau lapar perlu duit ke perlu makanan ? #fyp

♬ original sound – ariffbahran – ariffbahran

Perkara itu menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata merasakan perkara itu tidak sepatutnya dilakukan.

Ramai yang beranggapan perbuatan pelantun lagu Kata Akhirmu itu menunjukkan sifat riak serta terlalu menunjuk-nunjuk.

image is not available

Sebagai info, penyanyi yang berusia 25 tahun itu sering berkongsi ilmu trading yang diperolehnya melalui TikTok miliknya, dia juga banyak mengajak netizen untuk menyertai perniagaannya itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.