“Takde duit, kawan takde” – Kata ‘Money Is King’, TikToker Dakwa Individu Beri Motivasi Songsang

Entertainment
13 Dec 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apa pandangan korang jika ditanya sama ada duit boleh memberi kebahagiaan atau tidak?

Tidak dinafikan bahawa duit adalah sangat penting dalam kehidupan kebanyakan orang, bahkan duit merupakan asas keperluan hidup masa kini.

Bagaimanapun, pandangan seorang individu ini mengenai keperluan duit telah ditegur oleh seorang pengguna TikTok.

Dalam video yang dimuat naik oleh @datosyed616 atau lebih dikenali sebagai DSA, seorang pemuda mengatakan duit memberi kebahagian kerana jika tiada duit, kawan juga tiada.

@datosyed616

bahaya motivasi songsang adik nih, harap anak anak tak dengar . itu la pengalaman hidup masih terkial kial , hanya nampak duit sebagai tunjang kebahagiaan. ini parah nih. anak muda harus ada semak imbang dengan otai otai kehidupan .

♬ original sound – dsa – dsa

“Masa tiada duit, bukan setakat kawan, semua orang tidak pandang. Tapi masa ada duit, semua orang rasa nak berkawan. So, that’s why money is King for me,” ujar pemuda itu.

Namun, kata-kata pemuda tersebut disangkal DSA dengan mendakwa ia adalah motivasi songsang kerana mengaitkan duit dengan berkawan.

“Ini semua salah apabila dia mengatakan dunia ini memerlukan duit. Erti kawan bukan diukur dengan duit ringgit.

“Memang dia kata kalau tak ada duit orang tak pandang kita, tapi kita hidup bukan untuk orang.

“Apa yang kita buat (adalah) untuk memajukan diri kita, untuk membahagiakan diri kita pada masa hadapan.

“Sekarang ni kita hidup bukan untuk berkawan semata-mata. Kita cari kawan, tapi bukan kawan yang bersifat materialistik. Kita cari kawan yang boleh sama-sama memajukan diri dan memberi inspirasi kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, dia berasa risau jika ada individu memberi kata-kata motivasi tanpa sumber sehingga menjadi ikutan anak-anak muda yang lain.

Justeru, dia berpesan untuk mencari duit demi kebahagian diri dan bahagiakan buat mereka yang disayangi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article