⁠”Takde gumpal-gumpal” – Susun Baju Satu Per Satu, Netizen Puji Cara Lelaki Ini Guna Mesin Pengering

Entertainment
20 Jan 2024 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap dari kita mungkin pernah menggunakan dobi layan diri dalam membersih dan mengeringkan pakaian kita. Kalau macam min, bila malas nak menjemur baju di rumah, memang min akan angkut baju yang dah basuh tu masuk dryer dekat dobi layan diri.

Haa… cakap pasal guna mesin pengering atau dryer ni, min nak share satu video yang tular di media sosial. Dalam video tu, kelihatan seorang lelaki menyusun bajunya satu per satu ke dalam mesin pengering. Korang cuba tengok video @Cool_Wannabe82 di bawah dan tinggalkan pendapat korang.

 

Takde gumpal-gumpal

Kalau tengok dekat bahagian komen dalam video ni, rata-rata netizen memberi pujian kepada lelaki ini dalam menggunakan dryer. Dengan cara kibas dan susun satu persatu baju yang telah dibawah ke dalam dryer, barulah kita dapat hasil yang kita nak iaitu pakaian yang kering.

image is not availableSetuju. Setakat min pakai dryer dekat dobi layan diri ni, memang min buat macam tu. Mudah je sebab konsep dia sama macam jemur baju dekat ampaian. Mana ada orang jemur bergulung-gulung.

image is not availableItu yang min cakap. Entah kenapa menjadi persoalan pulak apa yang laki ni buat. Bagi min, rasanya benda ni normal dan memang sepatutnya buat macam tu.

image is not availableKan.. dah nama pun dobi layan diri. Guna lah macam mana yang kita suka pun. Mesin banyak dan dobi layan diri pun ada je kat tempat-tempat lain. Tapi kena ingat gak tau, tetap berhemah bila guna mesin dan sentiasa bertimbang rasa kepada orang lain.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.