“Takde Satu Post Pun Dia Burukkan Atau Perli Ex Wife Dia..” – Netizen Puji Sikap ‘Gentleman’ Fattah Amin, Suruh Lelaki Lain Contohi

EntertainmentLifestyle
22 May 2025 • 9:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads, baru-baru ini, nama pelakon kacak yang dikenali ramai iaitu Fattah Amin menjadi bualan warganet susulan sikapnya yang tenang.

‘Lelaki yang paling aku salute ialah Fattah Amin..’

Menurut individu yang memuat naik hantaran mengenai aktor tersebut, Fattah Amin merupakan antara lelaki yang paling dipandang tinggi olehnya kerana tidak pernah memburukkan bekas isteri, Fazura di platform media sosial.

Takde satu post dia dekat media social memburukkan ex wife dia. Perli, sarcastic pasal ex wife dia, tak ada. Aku tak jumpa satu pun!

image is not available

Susulan itu, individu berkenaan berkata kerana sikapnya yang baik, rezeki selepas bercerai tidak pernah putus-putus diberikan kepada pelakon berkenaan.

Netizen sokong, lelaki lain patut contohi Fattah

Sebab dia sedar diri masa dulu dia pernah hidup sayang dan bahagia dengan Fazura. Banyak kebaikan dari nak cerita keburukkan. Respect.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pandangan individu berkenaan dan merasakan sikap yang dipaparkan oleh Fattah itu patut dicontohi lelaki-lelaki lain yang sudah pun bercerai.

image is not available

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada Oktober tahun lalu atas sebab sudah tidak persefahaman lagi dan perceraian difailkan oleh Fazura.

image is not available 4 days ago

"Dia Ibu Kepada Anak Saya, Doakan Yang Terbaik" - Fattah Amin Maklum Dia Tak Tahu Menahu Fazura Berhutang RM4.6 Juta