Takiyuddin dilantik semula setiausaha agung PAS, Ahmad Fadhli ketua penerangan baharu

Politics
22 Oct 2023 • 4:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM — Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PAS bagi sesi 2023 hingga 2025.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, yang diadakan selepas selesai Muktamar ke-69 parti itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS baharu menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

Turut dikekalkan ialah Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari, sementara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu.

"Pelantikan jawatan utama itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) Perlembagaan PAS yang dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” katanya. - 22 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved