"Takkan Dia Tipu Kot" - Astro Awani Ada Bukti, Ada 'Briefing' Untuk Hattan Sebelum Interview

2 May 2023 • 11:12 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Astro Awani menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberikan penerangan ringkas atau briefing sebelum menemubual penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan untuk ke udara secara langsung (live) yang mencetus sensasi nasional baru-baru ini.

Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani memaklumkan, pihaknya memiliki bukti bahawa Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin diberi keterangan daripada pihak Awani sebelum bersiaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciap Ibrahim menerusi Twitter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved