Takkan nak sidai batik depan ampaian? – Farah Ahmad rimas isu pemilikan batik diperdebatkan netizen

20 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Takkan nak sidai batik depan ampaian? – Farah Ahmad rimas isu pemilikan batik diperdebatkan netizen

PETALING JAYA: Pelakon, Farah Ahmad, 48, rimas apabila netizen saling bertelagah di media sosial mengenai pemilikan seni kraftangan batik.

Kata Farah, isu negara mana memiliki batik tidak seharusnya wujud kerana masyarakat nusantara hidup serumpun dan berkongsi tradisi.

“Batik sahaja…saya pun beli batik Indonesia, Thailand. Janji depan perkataan batik .

“Paling banyak batik Malaysia. Kita sokong bisnes Batik, Kalau orang sini tak beli, siapa Iagi nak beli?

“Takkan buat sidai dekat ampaian,” sindirnya di Thread.

Terdahulu, satu perkongsian di media sosial mencuri perhatian apabila baju batik yang digayakan cucu Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Masira Yasmin Mokhzani dikatakan berasal dari Indonesia.

Perkongsian itu menarik perhatian Farah yang merasakan isu batik tidak harus diperbesarkan.

“Cuba tanya segelintir rakyat sana, buat rumah dapat duit dari mana? Duit gaji hasil kerja di Malaysia kan? Nak balas apa?

“Rumah di Malaysia siapa buat? Ya segelintir daripada rakyat Indonesia yang mencari rezeki di sini.

“Dapat gaji bagi anak-anak di sana sekolah, makan minum, buat rumah. Kau pergi tolong rakyat kau,” katanya lagi.

The post Takkan nak sidai batik depan ampaian? – Farah Ahmad rimas isu pemilikan batik diperdebatkan netizen appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved