“Takkan putus asa” – Ernie Zakri Menangis, Terharu Sokongan Peminat Walaupun Tak Menang AJL

Entertainment
4 Mar 2024 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah memenangi Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 dan 35, tuah tidak menyebelahi Ernie Zakri malam tadi apabila dia tidak meraih kemenangan dalam mana-mana kategori dalam AJL ke-38 malam tadi.

Biarpun nampak ceria dan tenang selepas nama pemenang diumumkan, namun Ernie tidak dapat menahan air matanya apabila bertemu dengan para peminat selepas AJL malam tadi selesai.

Ernie dalam satu klip yang tular di TikTok menyatakan bahawa dia menangis bukanlah kerana tidak merangkul sebarang kemenangan tetapi kerana terharu dengan para peminat yang hadir ke Axiata Arena untuk memberikan sokongan kepadanya.

“I do this for guys okay, I fight for you guys, Astana ni dia lain sikit for me, this journey is definitely for Ernie nators. Saya tak cuba sehabis upaya kalau tak ada Ernienators ni, so for you guys yang 200 orang yang datang pada malam ini, I am so thankful, I am so grateful, terima kasih banyak-banyak.

“Saya tak tahu macam mana nak balas. Saya tak mampu nak balas, apa yang saya mampu balas adalah persembahan Astana tadi.”

@ntshleeya

We always love you no matter what persembahan malam tadi ckup memenagkan hati kami #ajl38 #erniezakri #fyp #trending @erniezakriez

♬ original sound – ntshleeya – ntshleeya

Jelas Ernie lagi, atas sokongan peminat, dia tidak akan putus asa dan akan terus berusaha yang terbaik buat para peminatnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongan moral menunjukkan bahawa mereka tetap setia bersama Ernie. Namun begitu, ada peminat yang memohon agar Ernie Zakri muncul dengan lagu genre Irama Malaysia.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, ha’ah eh? Sebab masa Ernie cover lagu Anta Permana tu, Tok Ti sendiri kagum dengan Ernie.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.