McDonald’s Mexico menjadi sasaran kecaman netizen selepas berkongsi beberapa ilustrasi bergaya animasi Studio Ghibli yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI). Ramai menganggap langkah itu sebagai jalan pintas yang mengetepikan nilai seni sebenar.
Pada 29 Mac, akaun rasmi Facebook McDonald’s Mexico memuat naik beberapa gambar makanan seperti burger dan kentang goreng dalam gaya animasi menyerupai hasil karya filem terkenal seperti Spirited Away dan My Neighbor Totoro. Ilustrasi itu dipercayai dihasilkan melalui ciri penjana imej terbaharu daripada ChatGPT.
Walaupun tujuannya cuba mengimbau kenangan lama dan menarik minat netizen, hasilnya tak seperti yang diharapkan. Ramai yang menyelar McDonald’s kerana menggunakan AI tanpa melibatkan pelukis sebenar atau memberikan penghargaan kepada Studio Ghibli, yang terkenal dengan teknik lukisan tangan dan sentuhan emosi dalam setiap karya.
“Duit ada, tapi tak nak bayar artis sebenar? Sedih betul,” tulis seorang netizen.
“Gaya Ghibli ni bukan sekadar lukisan, ia ada jiwa. Guna AI nampak sangat malas,” kata seorang lagi netizen.
- RM5,000 tak cukup tampung kerugian, penduduk Putra Heights mohon bantuan tambahan
- Tular mesej WhatsApp dakwa tanah Petronas diceroboh sebelum paip gas meletup
- Prince Syed belanja RM1.5 juta untuk persiapan raya, baju isteri bertatah Swarovski bernilai RM830,000
- Chery sedia 50 kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran paip gas Putra Heights
- Pemilik rumah terjejas kebakaran saluran gas terima RM5,000, murid dan guru KPM dapat RM1,000
Netizen turut mengingatkan tentang pandangan tegas Hayao Miyazaki, pengarah terkenal Studio Ghibli. Dalam dokumentari Never-Ending Man: Hayao Miyazaki, beliau menolak penggunaan AI dalam animasi dan menganggapnya sebagai ‘penghinaan kepada kehidupan’ kerana AI tak mampu menggambarkan emosi dan kesakitan sebenar manusia.
Ramai juga mengingatkan betapa sukarnya proses menghasilkan filem Studio Ghibli, termasuk Princess Mononoke yang dilukis sepenuhnya dengan tangan dan hampir menyebabkan studio itu kehabisan dana.
Setakat ini, McDonald’s belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan gambar-gambar tersebut masih kekal di laman mereka. Tindakan diam itu hanya menambah rasa kecewa dalam kalangan peminat yang menganggap jenama besar seperti McDonald’s sepatutnya menghargai usaha seni, bukan menggantikannya dengan mesin.
The post ‘Takkan tak mampu upah pelukis sebenar?’ – McDonald’s Mexico dikecam appeared first on The Reporter.
