“Takkan tak tahu?” – Wanita Bawa Kucing Naik ‘Train’ Dikecam Netizen

Entertainment
23 Feb 2023 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdapat banyak peraturan yang perlu kita ikuti terutama sekali jika ia melibatkan harta benda atau perkhidmatan awam.

Terbaru, sebuah video telah tular di TikTok apabila seorang wanita bertindak membawa kucingnya menaiki kereta api, dan membawa haiwan comel itu keluar daripada carrier.

image is not available

Video penuh di sini.

Namun, video pendek itu menerima kecaman yang hebat daripada netizen dan ramai yang menganggap ianya sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana terdapat peraturan berkenaan membawa haiwan peliharaan dalam pengangkutan awam.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan memberitahu dia tidak tahu tentang peraturan berkenaan membawa binatang peliharaan dalam kereta api.

Individu berkenaan turut menceritakan dia terkantoi dengan konduktor tren dan apabila ditanya apa yang ada dalam carrier tersebut dia hanya menjawab ‘kucing’.

“Cuba kalau anjing”

Perkara itu membuatkan ramai netizen tidak puas hati kerana ia sudah semestinya melanggar peraturan, walaupun individu berkenaan hanya membawa kucing namun ramai yang beranggapan situasinya akan bertukar jika apa yang dibawanya itu adalah anjing.

image is not available

Apa-apa pun peraturan kena ikut tau…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article