“Takkan takde yang sedar?” – Guna Dialog Makam Rasulullah Di Mekah, Drama ‘Surat Dari Tuhan’ Kena Kecam

Entertainment
31 Oct 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Skrip dan lakonan merupakan salah satu elemen terpenting dalam pembikinan sesebuah drama atau filem.

Pun begitu, sesebuah naskhah perlu menghormati dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, selain menghormati sensitiviti agama serta bangsa.

Baru-baru ini, tular beberapa klip dari drama Surat Dari Tuhan yang menimbulkan kemarahan serta pertikaian netizen.

Dalam drama itu, Janna Nick itu dilihat menggunakan makam Rasulullah dalam satu dialog untuk mengugut seorang lagi karakter yang dimainkan oleh Sheila Mambo.

Kesemua babak itu menggunakan latar belakang tanah suci, mulanya ramai yang ingatkan babak-babak itu adalah suntingan namun sebenarnya penggambaran drama tersebut memang dilakukan di tanah suci.

Terdapat juga satu babak di mana Janna Nick menyifatkan satu lokasi itu sangat busuk dan membuatkan ramai yang tidak senang.

“Ini sangat keterlaluan!”

Kesemua babak dari drama itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen, malah ada yang mempertikaikan bagaimana drama tersebut boleh disiarkan.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari pihak produksi atau drama tersebut.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article