Takraw Piala TYT 2026 – LIVE, Jadual Perlawanan & Keputusan Final

LocalSports
12 Jan 2026 • 8:47 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

TERKINI: MELAKA BERJAYA MENJADI JUARA PIALA TYT 2026, KUALA LUMPUR NAIB JUARA, MANAKALA PULAU PINANG DI TEMPAT KETIGA.

Takraw Piala TYT 2026 kembali mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila kejohanan berprestij ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik sepak takraw jemputan dari seluruh negara.

Artikel ini akan memaparkan siaran LIVE, jadual perlawanan terkini serta keputusan rasmi setiap perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung, bagi memudahkan peminat mengikuti perkembangan semasa Takraw Piala TYT 2026 dari awal hingga penentuan juara.

Pengenalan Takraw Piala TYT Pulau Pinang

Takraw Piala TYT Pulau Pinang, atau dikenali sebagai “The Inaugural Penang Governor’s Cup – Sepaktakraw Invitation Championship 2026”, merupakan kejohanan berprestij yang julung kali dianjurkan di negeri Pulau Pinang.

Kejohanan ini menghimpunkan pasukan-pasukan jemputan terbaik bagi memartabatkan sukan sepak takraw ke peringkat yang lebih tinggi serta memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu hab penganjuran sukan utama di Malaysia.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 6 hingga 11 Januari 2026 bertempat di SPICE Arena, Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang, dan menawarkan ganjaran lumayan dengan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 kepada Johan, diikuti RM10,000 bagi Naib Johan, RM5,000 untuk Tempat Ketiga dan RM2,500 bagi Tempat Keempat.

Selain menjadi platform persaingan sengit antara pasukan elit, kejohanan ini turut memberi peluang kepada peminat sukan untuk menyaksikan aksi sepak takraw bertaraf tinggi secara langsung, sekali gus menyemarakkan lagi pembangunan dan sokongan terhadap sukan tradisi kebanggaan negara.

image is not available

Format Pertandingan

Format pertandingan Kejohanan Takraw Piala TYT Pulau Pinang adalah secara Antara Regu dan merangkumi dua (2) peringkat utama, iaitu Peringkat Awal dan Peringkat Akhir. Pada Peringkat Awal, kejohanan akan dijalankan menggunakan format liga satu (1) pusingan yang melibatkan keseluruhan sepuluh (10) pasukan yang mengambil bahagian.

Setelah tamat saingan liga tersebut, empat (4) pasukan teratas yang mengumpul mata tertinggi akan layak mara ke Peringkat Akhir, iaitu peringkat Separuh Akhir (Semi Final) dan seterusnya Akhir (Final).

Di peringkat Separuh Akhir, keempat-empat pasukan yang layak akan diundi dan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan bagi menentukan perlawanan seterusnya.

Dua (2) pasukan yang tewas pada peringkat Separuh Akhir akan bertanding untuk menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat, manakala dua (2) pasukan yang menang akan berentap dalam perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN Takraw Piala TYT Pulau Pinang.

Peraturan dan Undang-Undang Pertandingan

Peraturan dan undang-undang pertandingan Kejohanan Takraw Piala TYT Pulau Pinang adalah tertakluk kepada peraturan rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam dokumen kejohanan ini, pelaksanaan pertandingan turut dijalankan selaras dengan Undang-Undang Permainan Sepaktakraw ISTAF dan Undang-Undang Permainan Sepaktakraw PSM, termasuk segala amalan serta garis panduan yang dipraktikkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang (PESENANG).

Sekiranya berlaku sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak diperuntukkan sama ada dalam peraturan kejohanan ini atau dalam Undang-Undang Permainan Sepaktakraw ISTAF dan PSM, perkara tersebut akan diputuskan mengikut ketetapan yang telah digariskan.

Bagi kejadian yang bersifat umum, keputusan akan dibuat oleh wakil-wakil yang dilantik oleh PESENANG. Manakala bagi sebarang persoalan yang melibatkan aspek teknikal dan pertandingan, ia akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Teknikal dan keputusan muktamad akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Takraw Piala TYT Pulau Pinang, yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seterusnya.

Senarai Pasukan dan Kumpulan

Sebanyak 10 pasukan akan bertandingan dalam Kejohanan Takraw Piala TYT Pulau Pinang, iaitu:

  1. Pulau Pinang
  2. Melaka
  3. Negeri Sembilan
  4. Perak
  5. Kuala Lumpur
  6. Selangor
  7. Kelantan
  8. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  9. MASKAB (BOMBA)
  10. Mutiara Trimbun Waris

Tarikh & Lokasi Perlawanan

  • Lokasi: Spice Arena, Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Tarikh: 6 – 11 Januari 2026

Jadual Perlawanan

Berikut adalah Jadual Perlawanan Semi Final bagi Kejohanan Takraw Piala TYT Pulau Pinang:

SEMI FINAL – 11 JANUARI (AHAD)
image is not available
image is not available

Keputusan Perlawanan Final

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

SEMI FINAL

Pulau Pinang vs Kuala Lumpur
  • Set 1 : 10-15
  • Set 2 : 15-9
  • Set 3 : 8-15
    • Kuala Lumpur menang 2-1 ke atas Pulau Pinang
    • Kuala Lumpur berjaya mara ke final
Melaka vs Negeri Sembilan
  • Set 1 : 15-9
  • Set 2 : 15-9
    • Melaka menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan
    • Melaka berjaya mara ke final

TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
  • Set 1 : 15-10
  • Set 2 : 17-15
    • Pulau Pinang menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan
    • Pulau Pinang berjaya mendapat tempat ketiga, manakala Negeri Sembilan tempat keempat

FINAL

Kuala Lumpur vs Melaka
  • Set 1: 12-15
  • Set 2 : 7-15
    • Melaka menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur

Tonton LIVE Takraw Piala TYT

Anda juga boleh tonton perlawanan Takraw Piala TYT secara lansung menerusi platform berikut:

Siaran percuma:

image is not available

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

Soalan Lazim – Takraw Piala TYT

1. Apakah Takraw Piala TYT 2026?

Takraw Piala TYT 2026 merupakan kejohanan Sepaktakraw Jemputan berprestij yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang sempena The Inaugural Penang Governor’s Cup 2026, melibatkan pasukan-pasukan terbaik yang dijemput khas.

2. Bilakah Takraw Piala TYT 2026 berlangsung?

Kejohanan ini akan berlangsung selama enam hari, bermula 6 Januari hingga 11 Januari 2026.

3. Di manakah lokasi pertandingan diadakan?

Semua perlawanan akan diadakan di SPICE Arena, Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

4. Apakah format pertandingan Takraw Piala TYT 2026?

Kejohanan dijalankan secara Antara Regu dan merangkumi dua peringkat, iaitu Peringkat Awal (Liga satu pusingan) dan Peringkat Akhir (Separuh Akhir dan Final).

5. Berapa jumlah pasukan yang menyertai kejohanan ini?

Sebanyak 10 pasukan jemputan menyertai Takraw Piala TYT 2026, terdiri daripada pasukan ranking teratas serta satu pasukan jemputan khas penganjur.

6. Apakah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang?

Hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah:

Johan: RM20,000
Naib Johan: RM10,000
Tempat Ketiga: RM5,000
Tempat Keempat: RM2,500

7. Adakah perlawanan disiarkan secara LIVE?

Ya, perlawanan Takraw Piala TYT 2026 akan disiarkan secara LIVE melalui platform rasmi penganjur dan rakan media yang diumumkan.

8. Di manakah peminat boleh mendapatkan jadual perlawanan dan keputusan?

Jadual perlawanan dan keputusan rasmi akan dikemas kini melalui media sosial PESENANG, saluran LIVE serta artikel khas yang memaparkan perkembangan terkini kejohanan.

Baca juga:

View Original Article