Taktik lari bayar hutang, wanita kantoi palsukan kematian, siap muat naik gambar ‘jenazah’ di FB anak

27 Dec 2022 • 8:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAKTIK hendak lari daripada membayar hutang, seorang wanita dari Medan sanggup memalsukan kematiannya.

Hutang sebenarnya satu perkara yang diharuskan dalam Islam apabila kita sangat memerlukan sejumlah wang bagi memenuhi kehidupan seharian.

Perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat ‘main’. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Namun seorang wanita, wilayah Sumatera Utara sanggup memalsukan kematiannya untuk mengelakkan diri daripada melangsaikan hutang.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Pada mulanya, wanita dari Medan, Indonesia itu memuat naik satu kiriman di akaun Facebook anaknya yang menyatakan bahawa dia sudah meninggal dunia.

image is not available

Tidak hanya itu, beberapa foto memaparkan dirinya dikafankan turut dikongsikan.

Hantaran berkenaan tersebut mendakwa bahawa wanita itu kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan di sebuah jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Aceh.

Bagaimanapun tembelang wanita itu pecah apabila seorang pengguna Facebook mendakwa kenyataan itu tidak benar.

image is not available

Pemiutang mendakwa sudah beberapa kali meminta wanita tersebut menjelaskan hutangnya tetapi sering memberi alasan tidak mempunyai wang.

Bertangguh dengan pelbagai alasan, pemiutang hilang sabar lantas berkongsi beberapa bukti gambar yang dimuat naik itu diambil daripada Internet.

image is not available

 

Menerusi laman sosial Facebook, anak kepada wanita terbabit muncul mendedahkan perkara yang sebenar dan berharap agar perbuatan ibunya itu dimaafkan.

Sumber: Merdeka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi