
Awas! Jangan angkat panggilan video dari nombor tak dikenali
Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut. Pernah tak tiba-tiba dapat panggilan video dari nombor yang tak dikenali? Kalau ya, JANGAN jawab! Ini mungkin taktik terbaharu scammer untuk menjerat anda dalam perangkap siber mereka.
Seorang bekas pegawai kanan PDRM, Asisten Supritenden (B) Rahmat Fitri, baru-baru ini mendedahkan modus operandi licik yang digunakan oleh scammer untuk memperdaya mangsa.

Menurut laporan media tempatan, beliau menyatakan bahawa penipu ini akan menggunakan panggilan video berunsur lucah bagi memerangkap individu yang tidak curiga.
Bagaimana scam ini berfungsi?
- Mangsa menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali.
- Sebaik sahaja panggilan dijawab, skrin akan memaparkan adegan lucah.
- Secara refleks, ramai yang akan tertengok tanpa sedar.
- Ketika ini, scammer akan mengambil tangkapan skrin (screenshot) wajah mangsa.
- Dengan bukti ini, mereka akan mengugut untuk menyebarkan gambar kepada keluarga atau pasangan mangsa.
- Mangsa yang panik akan dipaksa membayar sejumlah wang untuk mengelakkan aib tersebar.
Menurut Rahmat, ramai yang terperangkap kerana terkejut dan takut reputasi mereka tercalar. Akhirnya, mereka memilih untuk membayar kepada scammer daripada menghadapi risiko gambar mereka tersebar.
Apa yang perlu dilakukan jika menjadi mangsa?
Jika anda menerima panggilan mencurigakan seperti ini atau telah menjadi mangsa:
- Jangan panik! – Scammer bergantung kepada ketakutan anda untuk memanipulasi situasi.
- Jangan bayar wang! – Semakin banyak anda membayar, semakin besar risiko anda terus diperas ugut.
- Segera laporkan kepada pihak berkuasa! – Buat laporan polis agar tindakan dapat diambil.
- Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan – Lagi ramai yang tahu, lagi sukar untuk scammer mencari mangsa baharu.
Rahmat turut menasihatkan agar orang ramai lebih berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali. Jangan mudah terpedaya dengan ugutan yang boleh menjejaskan maruah dan keselamatan diri anda.
Jadi, kalau tiba-tiba ada nombor pelik buat panggilan video, IGNORE SAJA! Kongsi artikel ini supaya lebih ramai orang tak jadi mangsa scam.
Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai taktik-taktik licik scammer:




![[VIDEO] 'Kami tak akan tarik laporan polis, tetap akan saman'](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)