“Saya Tak Nak Daddy, Tak Sayang Daddy Lagi” – Reaksi Spontan Anak Fazura Di Live Undang Perhatian

LocalEntertainment
27 Jan 2025 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fazura

Tular di TikTok satu video daripada siaran langsung selebriti terkenal, Nur Fazura bersama anaknya Nur Fatima Aisyah yang mencuri perhatian ramai.

Dalam siaran itu, Fazura dilihat sedang mendukung Fatima sambil membaca komen netizen.

“Fatima tak mahu daddy, tak sayang daddy lagi” – Anak Fazura

Salah satu komen menarik perhatian apabila ada yang bertanya mengapa Fatima menangis sebelum itu. Secara spontan, Fatima menjawab, “Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi.”

@syuhadaalis

semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah

♬ original sound – SYUHADA ALIS – SYUHADA ALIS

Namun, sebagai ibu yang bijak, Fazura segera menasihati anaknya bahawa tidak boleh bercakap begitu.

Jangan cakap macam tu, Fatima selalu sayang daddy kan? Fatima tak boleh cakap macam tu..

Walaupun Fazura cuba memahami emosi Fatima dengan lebih mendalam, si kecil itu hanya menggeleng kepala dan bertegas dengan perasaannya.

Netizen beri pelbagai reaksi

image is not available

Situasi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang memahami ragam kanak-kanak. Rata-rata netizen berpendapat bahawa Fatima mungkin sedang merajuk kerana mereka juga pernah melalui situasi serupa dengan anak mereka.

image is not available

Namun, ada juga yang menasihati Fazura supaya lebih berhati-hati memilih komen untuk dibaca secara langsung kerana bimbang ada yang cuba mencetuskan provokasi atau fitnah.

#OhmediaNasihat

Sebagai ibu bapa, penting untuk memahami perasaan anak-anak walaupun kadang kala emosi mereka sukar dijangka. Elakkan membaca atau menjawab komen provokasi bimbang boleh memberi impak negatif kepada keluarga.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @syuhadaalis


The post

appeared first on

.