Takut Dengan Kematian, Aliff Syukri Mula Solat Jemaah Dengan Keluarga, Kurangkan Aktiviti Sosial

8 May 2023 • 1:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia mula berasa takut apabila melihat ramai rakan-rakannya meninggal dunia di usia yang masih muda.

Berikutan itu, dia kini berazam untuk mengurangkan aktiviti sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat selain kerap melakukan amal ibadah.

Jujur saya beritahu, saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.

Saya nak kurangkan bersosial, nak makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang.

Aliff juga memberitahu bahawa dia memulakan azam baru itu dengan mula solat berjemaah bersama keluarga dan mengajar anak-anak mengenai urusan perniagaannya agar dia dapat berehat dan beribadah dengan sebaiknya.

Sekarang ni dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya meninggal dunia awal, pelakon lain menghadap ilahi, saya tergerak untuk mati dalam keadaan tenang dan tak mahu dikecam.

Jutawan kosmetik itu juga menyeru orang ramai agar untuk sama-sama berbuat kebaikan mengikut kemampuan masing-masing, tidak kiralah dari segi wang ringgit atau tenaga.

image is not available 22 jam lalu

"Bukan Sebab Penyondol, Tapi.." - Linda Hashim Dan Beego Akui Bercerai Tetapi Rujuk Semula

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved