“Takut Muka Dia Macam Saya” – Lee Minki Ulas Jika Mahu Memiliki Anak

EntertainmentLifestyle
19 Nov 2024 • 9:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pelakon Lee Min-ki berkongsi pendapatnya mengenai mempunyai anak.

Dalam episod terbaru saluran YouTube “Zzan Hyung”, Lee Min-ki dan Han Ji-hyun telah muncul sebagai tetamu untuk mempromosikan drama “Face Me”.

Hos turut sempat bertanya kepada Lee Min-ki mengenai rencana untuk memiliki anak. Jawabnya,

Saya tidak pernah terfikir sangat tentang mempunyai anak. Apabila saya terfikir anak itu mungkin mirip dengan saya, ia agak menakutkan.

image is not available

Han Ji-hyun pula menyatakan pandangannya yang tegas,

Saya akan berkahwin dan mempunyai anak. Mungkin pada umur 33 hingga 35? Membesarkan anak memerlukan tenaga, jadi saya rasa itu adalah usia yang sesuai.

Comel apa kalau Lee Min-ki ada anak kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.