“Takut penyakit ain” – Peminat Tegur Buat ‘Keychain’ Gambar Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Entertainment
9 May 2024 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang jenis suka dan terhibur dengan telatah anak kecil, pasti kenal dengan salah seorang anak kepada jurumekap dan influencer, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz.

Kanak-kanak perempuan yang bernama Nur Aisywara Nealofa atau nama panggilannya Wara sering menjadi perhatian netizen di media sosial oleh sebab kecomelan dan telatahnya yang lucu.

image is not available
Sumber: instagram

Nak buat keychain Wara, ramai netizen teruja

Semalam, MUA Bellaz melalui Instagramnya telah memaklumkan bahawa dia bakal menjual 30 ribu keychain gambar Wara kepada para peminat anaknya itu dalam masa terdekat. Keychain tersebut adalah produk pertama sebelum dia bercadang mahu mengeluarkan lebih banyak lagi produk yang bermotifkan anak-anaknya yang lain.

InsyaAllah, Bellaz dah buat company baru untuk Wara. Banyak lagi barangan Wara akan ada dari segi pakaian, beg tangan, mangkuk, pinggan dan macam-macam lagi. Nanti model kakak dan abang-abang Wara. Semoga murah rezeki anak-anak mama semua.

Di ruangan balas, rata-rata netizen terutamanya peminat Wara berasa teruja dan tidak sabar mahu membeli keychain gambar kanak-kanak tersebut.

image is not available

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Keychain dalam bentuk kartun, bukan wajah sebenar

Dalam hantaran yang sama, MUA Bellaz ada meninggalkan komen tentang gambar anaknya itu telah disunting dalam bentuk kartun namun dia meminta juga pendapat segelintir peminat anaknya mengenai keychain tersebut.

Keychain Wara ni Bellaz kartun tau, bukan wajah Wara sebenar. iras-iras Wara sahaja. Andai kata benda ni Omi (peminat Wara) rasa macam tak payah..

Bellaz ikut terima pendapat hampa semua. Kalau hampa rasa tak patut buat bellaz berhenti buat production untuk keychain Wara kartun ni.

image is not available

Peminat takut kena penyakit ain, Bellaz mohon maaf

Beberapa jam selepas hantaran keychain Wara itu dimuat naik, Bellaz telah membuat permohonan maaf melalui satu hantaran baharu di Instagramnya. Dia berlapang dada menerima teguran segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan keputusan jurumekap tersebut yang mahu membuat keychain anak bongsunya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh MUA Bellaz. Mereka bukanlah mahu berdengki tetapi lebih memikirkan tentang keselamatan Wara.

image is not available image is not available image is not available

Semoga baik-baik saja untuk family MUA Bellaz

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.